Wednesday, August 3, 2011

Selepas Setahun Jadi Agent

Salaam..

Sudah agak lama tidak menjengok Blog main-main saya nih.. Alhamdulillah, masih ada rupanya.. hehehe..

Baiklah, sekadar meneruskan cerita-cerita selanjutnya berkenaan menjadi agen insurans Takaful nih.. bermulalah ceritanya ..

Hurmm.. tak bila lulus ujian Takaful tuh aku tak ingat dah.. aku rasa dah dekat setahun kot.. Bro insurans tu dah registerkan aku under dia nyer team..  yerlah... dah setahun.. So far, masih tak pernah dapat bayaran lagik dari syarikat insurans nih.. atas sebab-sebab yang diberitahu adalah kerana aku masih tak mencapai kuota tah berapa API tah.. so far, aku dah dapat 2 klient..

sebab komesyen tak dapat lagik, aku pun buat tak tahu jer lah.. sampai skang tak cari klient dah.. nasib la.. ada ker patut suruh kita carikan klient untuk dia, tapi dia boleh pulak letak kuota??? dah capai kuota baru leh dapat komesyen??.. Nasib la.. sian klient aku yang dua orang tuh.. tapi aku jaga baik punya.. so far takder komplen.. hehehe..

ok lah.. kuota pun kuotalah.. skang ni bulan pose.. 1432H.. So, tengah nak cari idea camner nak tarik minat orang ambil insuran takaful dengan aku.. Ops.. aku cakap "tengah Nak cari" yer.. itu tandanya masih belum mencari tau.. kekekeke..

Ujung taun ni, kalau tak capai kuota, aku akan diterminatekan... sama-samalah bantu membantu untuk mendapatkan klient untuk aku yer..

Sekian coretan memain aku untuk hari ini.. tunggu di masa akan datang yer..

No comments:

Post a Comment