Thursday, May 20, 2010

Temuduga Sebagai Agen Insuran


Hari ini aku baru lepas ditemuduga oleh Manager Insuran Prudential. Huh.. Bikin cuak jer.. menggelabah la jap.. bukan aper.. sebab ia memang tak dirancang langsung!! ceritanya cenggini..

Aku dapat panggilan telefon lebih kurang jam 2.30 ptg oleh sorang Manager Insuran nih.. aku pun x pasti apa pangkat dia.. hehehe.. dalam tipon tu dia cakap nak jumpe aku la.. minum-minum katenya.. sambil nak mintak gambar ukuran passport 8 keping.. aku pun cakap ok la..

Dia sampai time ujan lebat plak.. aku pun ajak la dia minum dekat-dekat jer.. lagipun aku tengah time keje nih.. tengok gaya dia sempoi jer.. kami pun pegi la minum...

Dipendekkan cerita...

Tengah-tengah minum, tetiba dia kuarkan borang soh aku isi.. katenyer borang untuk jadi agen insuran Prudential Takaful.. Wah.. aku belum dapat result exam takaful lagik dah kene isi borang?? aku pun isi jer la... memang aku nak jadi agen insuran pun..

Tengah isi borang-borang tu.. si Manager ni bagitau aku yang dia nak interbiu aku.. Mak aiii.. setahu aku xder la kalo nak jadi agen insuran nak kene interbiu.. dulu aku penah la nak berjinak-jinak nak jadi agen insuran ni.. Bermula dari tahun 2003 lagik.. aku cuba rapatkan diri ngan insuran niih..

Kompeni pertama aku Amerika International Ansurance (AIA), xder pun kene interbiu.. Kompeni insurance kedua pulak, AmAssurance.. serupa gak.. xder pun interview-interview nih.. tapi dedua aku quit.. sebab aku quit tu xleh la aku nak bagitau kat sini.. nanti group diaorg baca nanti, takut gak.. kang dia saman aku plak.. heheheh..

OK.. bersambung balik.. Interbiu dia sempoi jer.. penat aku dok cuak dari tadik.. dia tanye benda sempoi jer.. tanya pandangan, pendapat, target aku 5 tahun akan datang, apa yang aku suka semasa keje.. apa kelabihan aku kalau aku join insuran ni.. aku selamba je la jawab.. heehehehe..

Kene la bayar RM60.00 untuk nak jadi agen Insuran nih.. aku pelik gak.. kenapa aku kene bayar? bukanker kompeni yang patut bayar aku sebab aku nak keje ngan dia? terbalik plak.. huhuhu.. alasan dia senang jer... "Ko nak keje ngan Insuran, memang la kene bayar". kalo kompeni nak pekerja tu lain la...

Hampeh.. dah la nak amik exam kene bayar gak.. mula-mula exam PCE, baper inggit aku tak ingat dah.. lama dah aku amik test nih.. 2003 dulu.. sama ngan kompeni AIA.. pas exam PCE kene amik exam CEILLI.. betul ker tidak aku eja CEILLI nih? ahh.. asal bunyik dia dekat-dekat udah.. CEILLI ni kene RM 85.00 inggit.. exam dia semua kene kat area KL.. So, sape nak jadi agen insuran, kene datang KL amik test..

Exam TAKAFUL pun kat KL gak.. kene baya RM 60.00.. Takaful ni exam dia manual.. x cam PCE ngan CEILLI tuh.. exam dia canggih.. pakai komputer, pas abis jawab terus dapat result.. ngan TAKAFUL ni manual.. Sampai skang massih x dapat result lagik.. exam 8/5/2010.. harini dah 20/5/2010.. masih xtau keputusannya..

Lepas dah ada kelulusan dua-dua test ni, kira aku dah boleh jadi agen insuran, dah dapat lesen besar la.. rupe-rupenya PCE test tu untuk layakkan aku jual Insuran Nyawa (Live Insurance), dan CEILLI test plak membolehkan aku jual Insuran yang bersaham (Investment-Link Insurance). dan TAKAFUK plak membolehkan aku jual insuran TAKAFUL.. Nak jadi agen Takaful ni pun kene caj RM30.00.. huh..

Total kene kuar duit poket dekat RM200.00 gak la modal nak jadik agen insuran nih. Xpe.. Orang kata jadi agen insuran ni cepat kaya.. hahahha.. makan komesyen.. Tapi aku x pandang kekayaan tuh.. yang penting, kene cari clien, berkhidmat kepada Client.. Kalo Clien Gembira dengan service aku, baru rezeki tu ada.. Xde keje senang kat dunia ni bang oiiii.. Ramai orang nak senang cepat ngan melabur sana-sini.. pastuh???? cari syarikat dah xder.. cari agen pelaburan tuh pun dah ilang.. Sedih aku dengar citer-citer cenggini..

Sebab ni pun antara salah satu sebab aku buat blog ni.. kasi orang tau keje agen insuran ni camner.. Untung-untung, kalo sesapa berminat, boleh rujuk kat blog aku nih.. aku bagi free semua tips-tips.. Bukan apa, dua syarikat yang aku masuk sebelum ni semua kejar duit jer.. Ramai klien komplen... sampai sanggup menipu clien cakap produk dia bagus, untung besar, cepat kaya.. aku pun x salahkan dia 100% sebab orang kita ni memang nak kaya cepat.. masalah problem betul la..

Ni antara tugas aku nak pahamkan masyarakat Malaysia terutama Melayu.. Melayu la kaum yang paling sedikit peratus yang mengambil insuran.. kalo ada pun cuma 1 polisi sahaja.. Kaum lain, kurang-kurang ada 3 polisi Insuran..

Insuran ni bukan tempat melabur nak jadi kaya!!! nak kaya, g melabur tempat lain... Insuran ni untuk protection diri ahli keluarga dan diri sendiri.. kalo dapat Extra duit pun sebab insuran yang dicantumkan dengan Pelaburan.. Total Jumlah surrender Insuran+Pelaburan punya hasil tidak akan lebih tinggi dari Jumpah Surender Pelaburan ASB atau sebagainya.

Cuma Insuran ni membantu.... jika "ter"jadi apa-apa kepada pelabur yang amik insuran+pelaburan, Contoh : sakit kene kenser, Duit saving dia x terganggu.. sebab sakit tu, insuran yang bayar.. insuran cover.. dia x perlu keluar duit walau seposen pun... Kalau x berlaku apa-apa kat dia, dia akan rugi la... tu pun kalau dia bandingkan dengan duit yang dilaburkan..

ok.. Kalau dia x ambil insuran+Pelaburan, dia melabur jer dengan duit dia ada.. Kalau kene penyakit yang sama, Duit pelaburan dia tu jugak kene keluarkan... walaupun masa tu saham tengah jatuh menyembah bumi... kalo saham x jatuh pun, dia tetap kene keluarkan duit untuk merawat penyakit dia tuh.. adakah jumlah hasil pelaburan dia tu setelah matang masih lebih daripada jumpah hasil Pelaburan yang berserta dengan Pelaburan tu???

Mana sama hasil duit yang dikeluarkan untuk pelaburan sahaja dengan hasil Duit yang dikeluarkan untuk Insuran+Pelaburan!! aduii..

Insuran ni jugak pada pendapat aku ia dikategorikan sebagai Aset.. Pendapat aku jer la.. Sebabnyer, Orang dulu-dulu jadikan Tanah sebagai aset.. kita yang dok bandar ni, mana nak cari tanah untuk buat aset?? kalo ader kat kampung tu pun x pernah terlintas nak usahakan lah.. sebuk memanjang.. kalo yang cerdik sikit dia dok Pajak tanah dia kat orang lain.. hahahha... macam aku..

Hrm.. OK.. post pas nih aku akan postkan bila result TAKAFUL aku sampai.. hehehe.. ataupun aku dah lulus temuduga atau dapat kod agen insuran PRUDENTIAL-BSN-TAKAFUL.

2 comments: